Beranda > Kisah Teladan > Pengakuan Dari Musuh Nombor Satu

Pengakuan Dari Musuh Nombor Satu

Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang yang paling dihormati dan dipercayai oleh seluruh anggota masyarakat Quraisyh, baik sebelum dirinya diutus menjadi Rasul mahupun sesudahnya. Sebelum baginda diutus menjadi Rasul lagi, baginda telah memperoleh gelaran “Al-Amin” yang bererti orang yang dipercayai. Baginda memperoleh gelaran itu tidak lain kerana peribadinya yang indah serta budi pekertinya yang mulia lagi terpuji. Anehnya baginda bukan sahaja dianggap orang yang paling benar oleh para sahabat dan pengikutnya tetapi juga oleh musuh-musuh baginda termasuk Abu Jahal Bin Hisyam, musuh Islam nombor satu dan juga musuh baginda Rasulullah s.a.w.

Pernah suatu ketika datang seorang sahabat Abu Jahal bertanya kepadanya: “Ya Abu Hakam, di sini tidak ada orang lain yang akan dapat mendengar perbualan kita selain engkau dan aku. Maka itu aku ingin tahu dari mulutmu sendiri, apakah Muhammad itu seorang yang benar atau pendusta?”. Betapa terkejutnya lelaki itu apabila Abu Jahal menjawab pertanyaannya itu dengan pantas dan spontan: “Demi Tuhan! Sesungguhnya Muhammad itu seorang yang benar dan ia tidak pernah berbohong sama sekali.”

Demikian anehnya, satu-satunya kejadian dalam dunia ini seorang musuh ketat terang-terang tanpa teragak-agak lagi mengakui bahawa lawannya itu seorang yang benar. Ini satu-satunya keistimewaan Nabi Muhammad s.a.w., baginda dianggap benar sekalipun oleh musuh-mushnya yang paling ketat sekali.

Iklan
  1. 14 September 2011 pukul 9:14:06

    Seru banget ya cerita nya…

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: