Beranda > Kisah Teladan > Surat Saidina Umar Ibnu Khattab Kepada Sungai Nil.

Surat Saidina Umar Ibnu Khattab Kepada Sungai Nil.

Sewaktu negeri Mesir ditakluki oleh tentera Islam, khalifah Umar r.a. telah melantik Amru bin Al-As sebagai Gabenor di wilayah tersebut, satu peristiwa ganjil telah berlaku semasa pemerintahannya. Air Sungai Nil dikatakan akan berhenti mengalir dan penduduk Mesir bercadang hendak melakukan satu upacara Jahiliah iaitu dengan mengorbankan seorang gadis ke dalam sungai itu. Amru bin Al-As sudah tentu berkeras tidak mahu melakukannya.

Apabila air Sungai Nil mulai kering, penduduknya merasa cemas. Sebahagian dari mereka terpaksa berpindah ke kawasan lain. Keadaan ini memaksa Amru Al-As memulis surat kepada Khalifah Umar r.a. untuk meminta pandangannya. Saiyidina Umar pun mengirimkan jawapannya kepada Amru. Surat itu bukanlah ditujukan kepadanya, tetapi kepada Sungai Nil. Sebelum mencampakkan surat itu ke dalam Sungai Nil Amru sempat membaca isi kandungannya yang berbunyai: “Surat ini dikirimkan kepada Sungai Nil oleh Umar, hamba Allah dan Amirul Mukminin. Wahai Sungai Nil ! Jika air yang mengalir di sungai ini atas kuasamu, maka ketahuilah bahawa kami tidak memerlukan kau, tetapi jika ianya mengalir di atas kekuasaan Allah s.w.t, maka kepadanyalah kami memohon agar mengalirkan air di sungai ini.”

Setelah dicampakkan surat itu kedalamnya, diriwayatkan sungai itupun dipenuhi semula oleh air sedalam empat puluh kaki pada malam itu juga. Semenjak hari itu lenyaplah amalan-amalan Jahiliah dikalangan penduduk Mesir.

Iklan
  1. 15 Juli 2010 pukul 0:17:46

    subhanallah, jika kita benar ber iman kpd allah n berbuat kebajikan semata mata krn allah serta mengharap ridha allah pasti allah mengabulkan doa hambaynya tanpa hijab.

  2. Bagoest
    15 Juli 2011 pukul 18:01:49

    Subhanallah, Khalifah umar adalah salah satu tokoh yang saya kagumi, semoga hikayat ini bisa memberikan teladan yang baik bagi kita semua

  3. 14 September 2011 pukul 9:48:24

    Jadi ingat Pas waktu MTS,,,,

  4. 6 Desember 2011 pukul 13:56:06

    Xixixi..yg bner aja nich,dongengan kali gak??….bersumber dar ktb mana y. .?

  5. 12 Juni 2013 pukul 11:57:00

    subhanallah…

  6. ahmad
    15 Juli 2013 pukul 7:31:39

    mari kita perlihat dari sudut lain. Kehebatan Saidina Umar – hingga “Tulisan dia sahaja udah gementar Sungai Nil”. Pernah kita dengar jika Saidina Umar lalu maka syaitan pun tidak mahu lalu di situ. Diperhatikan betul-betul… kerana kehebatan Saidina Umar – ibadah/zikir/solat kepada Tuhan Nya maka gementar akan sungai nil lantas keluar air. Soal dongeng atau tidak, bukan persoalan tetapi “kehebatan/kekuatan ibadah Saidina Umar itu. gimana kita…harus kita usahakan..Wassalam.

  1. 5 Juli 2011 pukul 15:16:37

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: