Beranda > Kisah Teladan > Perihal Dua Ruh Yang Diseksa Di Neraka

Perihal Dua Ruh Yang Diseksa Di Neraka

Allah tidak memerlukan amal hamba-Nya. Dia memerintah hamba-Nya untuk beramal, tak lain agar ia mengakui bahawa dirinya lemah (i’tiraf) dan selalu memerlukan pertolongan. Pengakuan macam ini sangat penting. Diceritakan bahawa ada dua ruh disiksa di neraka. Allah kemudian memerintahkan agar keduanya dikeluarkan. Setelah keluar, Allah bertanya kepada mereka, “Apakah yang menyebabkan kalian masuk neraka?”

“Nafsu kami,” jawab mereka. “Bukankah telah Kularang kalian bermaksiat kepada-Ku? Bukankah Aku telah mengutus rasul-rasulKu dengan bukti-bukti nyata? Dan bukankah telah-Ku katakan melalui lisan para ulama bahawa sesiapa yang taat akan memperoleh syurga, istana, wildan dan bidadari, sedang orang yang bermaksiat akan tinggal di neraka bersama Qarun, Firaun dan Haman?” “Benar, tetapi kami tidak taat dan selalu bermaksiat kepada-Mu.”

“Kembalilah kalian ke neraka, dan rasakanlah siksa-Ku,” perintah Allah. Ruh yang satu bergegas kembali, namun ruh yang lain berjalan dengan enggan sambil sesekali menoleh ke belakang. “Mengapa kamu berjalan cepat-cepat?” tanya Allah kepada ruh yang pertama.

“Ya Tuhan, dahulu aku selalu membangkang perintah-Mu, sekarang sudah seharusnya aku taat kepada-Mu.” “Dan kamu, mengapa kamu tidak segera kembali ke neraka?” tanya Allah kepada ruh kedua. “Aku sangat mengharap ampunan-Mu, kerana mustahil Kamu akan mengembalikan kami ke neraka setelah membebaskan kami darinya.”

“Masuklah kalian berdua ke dalam syurga. Masuklah, kerana kamu telah mentaati perintah-Ku. Dan masuklah, kerana kamu percaya pada rahmat dan kemurahan-Ku.”

Iklan
  1. wanie
    26 Juli 2011 pukul 18:43:56

    allah maha pengampun lagi maha penyanyang..ya allah ampunkan lah aku sebelum ajal menjemput ku,,dan benar la dunia bkn tempat untuk bersenang lenang…kepada engkau jua lah ya allah aku kembali..moga2 kau ampunkan aku,,dn memberi rahmat setelah aku djmput oleh mu…….amin ya rabal alamin.

  2. 14 September 2011 pukul 9:28:56

    Ikh ngeri banget baca ceritanya,,,
    Allahu akbar…

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: