Beranda > Kisah Teladan > Air Mata Taubat Nabi Adam a.s

Air Mata Taubat Nabi Adam a.s

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip.

Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, “Sedap sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.

Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, “Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu.”

  1. pedang7
    13 Juli 2012 pukul 23:54:46

    kisah ini palsu dan tidak benar, sebab ia berasal dari kitab pondok tua yg berjodol,
    Jam`ul Fawaaid”, muka surat 255 , cetakan matba`ah Bin Halabi, Patani, Thailand.

    Ia karya syaikh Daud bin Abdullah al-Fathoni
    Kisah ini tidak pernah ditemukan dari sumber islam yang asli iaitu al quran dan hadis…

    ia adalah kisah dari Taurat (Old testament) atau torah yahudi bertujuan menjadikan kisah Nabi2 sebagai dongeng rakyat atau folklores, lalu melalui jarum halus yahudi dengan cerita fantasy terhadap nabi-nabi, maka longgarlah pegangan manusia kepada agama.

    sekian

Comment pages
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan komentar